
Sampai lambat di kem pagi tadi. Kerana sebab2 tertentu, kami sampai masa acara penutup dah abis pun :'( Tapi, sempat lagi pergi dewan dan jumpa cikgu cikgu. Sempat jugak berbual dengan budak2 kumpulan 2. Memories. Good or bad, it's okay to reminisce them. I'll share some pictures.




Yeah welcome welcome to Padang Kawad Kem Cancun Park. Told you, the scenery was awesome. Dulu, masa berbaring dan menikmati pemandangan sambil main enset lah, aku, Tieka dan Sarah kena denda. Kapten Halidi yang denda kami. Kelakar siot kalau ingat balik, malu pun ye. Kena denda depan semua orang hahahha T.T

Ini surau. Tempat smayang. Sebab tak pergi semayang berjemaah lah aku pernah kena denda round dewan makan 5 kali. 1 round pun dah lebih kurang 500 meter kot. 5 round? 2.5 km, berlari okay, berlari. Dahla kawasan naik turun bukit, jadi bayangkan lari 2.5 km di kawasan naik turun bukit. Serik dowh. Dekat surau ni jugak aku tidur tak sedar diri sampai kena amik nama semua. Tapi ape kesah, tidur je. Penat okay, penat.
Hadiah hadiah dan trofi. Sijil pun. File sijil dah baruu.
Pentas. Pentas ni la macam macam aku buat. Menari, join boria, semua atas pentas ni. Ada bunga telur atas stage, I guess yang Cikgu Jamal n Cikgu Siti kot. Selamat Pengantin Baru :)

Tempat basuh pinggan. Basuh pinggan sendiri okayyy. Tingkap dekat sini straight je dengan dorm budak laki. So, masa basuh pinggan selalu nampak aksi aksi seksi mereka. Seksi ke? Dengan boxer, tuala nak pergi mandi. Kelaka siot. Tak tahu la kalau ade yang merembes tengok macam tu. :))

Ini dorm Rafflesia, my former dorm. It's different now. Cantik sikit kot dari dulu, I wonder diorang dapat no brape untuk dorm terbaik. We got 2nd place dulu. I hope they do better than us. Banyak katil yang dah kosong dalam dorm, ramai yang balik awal sebab sambung belajar. Dulu Kompeni A,B,C,D dipanggil Agung - Belati - Cobra - Dinamik. Sekarang, Atra - B tak ingat - Cheetah - D pun tak ingat hahahaha. I think yang dulu sounds better. Oh, Kompeni A dapat no 2 siri ni. Dulu no 4 - embarrasing. Tapi tak kesah pun. Our company's leader had done a great job. Thanks Pok Jat :)
Leader Besar kali ni perempuan, yang lelaki tak boleh pakai cikgu cakap. Pelatih kali ni memang hormat kami budak batch lama ni. Siap salam cium tangan lagi. Impressed. :'). Komandan kem pun puji kami sebab datang. He looked great, like he always do.
Okay bye bye. Letih dah pakai komputer kecik ni. +_+
0 comments:
Post a Comment