2-3 hari ni pening kepala tahap massive nak mampus. Tahap pusing pusing kepala. Bukan ada kena pikir ape pun. I think there's something wrong with my urat di bahagian leher which bersambung kepada kepala dan menyebabkan pening. Perlukan massage. Tapi hanya mampu urut diri sendiri kerana tak boleh bagi orang urut. Geli. Sumpah aku pelik T.T Tidur setiap petang sekarang kerana mengantuk lepas telan ubat, serius aku jarang tidur petang. Lately sahaja. Aku sudah google dan mendapati mungkin diri sendiri menghadapi Muscle Contraction Headache. Tidaklah teruk pun, serius. Aku cuma perlu cari Neck Pillow agar mendapat sokongan kepala ketika tidur.
Sudah dapat lesen. Sering keluar tapi tidak tahu mahu ke mana. Inilah KB. Kak Mieya, nanti kamu dah menetap di sini, tahu la macam mana. Tapi aku sygg KB :) Tidak dinafikan perlu lari keluar Kelantan kerana tinggal di sini selama setahun tanpa keluar negeri boleh menyebabkan otak tak berfungsi.
Cuaca sangat panas sekarang. Suka basuh baju. Kerana bila dijemur, kain jadi crispy gitu bila kering. Tu la kepuasan yang dapat bila basuh baju. Aku suka basuh baju dan masak. Tapi tak suka menjahit.
Tak suka dengar band bising bising sekarang. Masih gemar layan core, tapi benci band rock yang menyanyi tapi aku tak dapat dengar suara pun kerana kualiti muzik mereka yang low. Tak suka Wolfparade, suka Otherside Orchestra, suka Siksa Kubur, suka Too Late To Notice, tak suka Komplot, suka Lucy In The Loo, suka Lykke Li, suka Within Temptation, suka Lightcraft, suka Yuna (omg she's so big now, I knew it since I first heard her when i'm in form 4), tak suka The Pilgrims, suka Le Tigre, tak suka Laila's Lounge. Dan so on dan so forth. Ini sangat personal peminat band/artis yang disebut sila jangan marah aku. Okay aku peminat Amy Search - Fantasia Bulan Madu. Yang baru tak mampu gantikan yang lama.
Malas mekap. Kadang2 suka. Tak tahulah. Benci tengok muka kusam bila tidak mekap. Tapi tetap malas mahu buka make up bag dan mula menepek muka. Malas.
My arms teruk sunburnt sekarang. Macam ada dua warna kerana pakai baju lengan pendek. Tapi bila lihat warna kulit di badan, tidaklah seteruk di lengan. Satu perkara yang aku mahu minta pada Jin Aladdin ialah agar warna kulit di badan aku rata dan tidak ada part yang gelap atau lebih cerah. Tidak mahu mencerahkan kulit, hanya mahu tona kulit yang rata sahaja.
Tidak berapa excited mahu mula sambung belajar, I'm too lazy to start all over again. Malas mahu bangun pagi ke kelas, malas mahu study, malas mengadap perangai orang yang pelbagai, malas mahu study untuk exam, malas mahu cuba mendapat Dean's List. And the list goes on..
Cuba membuat bacaan Palm Reading melalui guide di internet. Akan membuat entri mengenai itu nanti.
Malas mahu login myspace sekarang. Last login adalah pada 21.5.2009. Serius tak tahu kenapa tapi sangat malas.
2-3 hari ini rasa tidak berperasaan. Teringat sesetengah kawan PLKN aku pikir aku ni takde perasaan. Muka takde perasaan dorg kate. Dan hati pun, tiada perasaan.
Serius tak suka bila orang Melayu terlalu mengagungkan Chinese. Seriously. Bagi aku, mengikut pengalaman berkawan dengan kaum tersebut, mereka ni sama sahaja macam orang Melayu. Ada yang pandai, ada yang so-so, ada yang tak berapa pandai. Ada yang cakap banyak, ada yang suka enjoy, ada yang pendiam, ada yang rajin, ada yang malas, ada yang nakal, ada yang suka buat jahat. Betul ni. Salah seorang kawan Cina aku pun pelik kenapa orang Melayu puji sangat kaum Cina. Tidak dinafikan perniagaan mereka bagus, tapi setiap orang kan ada kelebihan masing masing? Perenggan ini tidaklah ada unsur perkauman, cuma pendapat sahaja.
Harus stop sekarang. Perlu massage leher kerana sakit dah datang. Duh.
ScoLar: Harajuku’s Unique Fashion Universe
-
When was the last time I talked about fashion? Checks calendar… cringes
internally. Yep, probably around ten years ago. Or...
5 months ago
0 comments:
Post a Comment