So aku mendapat inspirasi from buku seventeen edisi disember 2007 kot untuk memotong sluar panjang yang lama - agar menjadi shorts baru. Sudah lama aku mendapat inspirasi ini sebenarnya. Dari bacaan pertama aku di KL lagi. Jadi sepulangnya aku ke KB, aku cuba mendapatkan mood agar menjadi lebih rajin untuk alter seluar. Ya, sebenarnya aku sangat berminat dalam seni mengedit pakaian - agar menjadi sebuah item yang lebih menarik. Membazir kan kalau pakaian lama dibuang macam tu je.
Shortcut cerita, hari ini aku namakan sebagai hari rajin aku. Jadi aku mula dengan excited nya untuk mengerat seluar aku. Seluar yang menjadi mangsa beginner macam aku ni, ialah seluar panjang straight cut lama, berwarna pink muda. Aku jumpa seluar tu di hujung penjuru almari aku. Idea yang keluar ialah oleh kerana seluar itu tidak lah bermakna sangat, ianya sesuai untuk dijadikan model eksperimentasi aku ini. Aku sangat bersedia dengan sebarang kemungkinan projek ini akan tidak menjadi, dimana mungkin seluar itu di alter dengan buruk sekali.
Namun begitu, aku tetap berkeras mahu alter jugak. Tak kire tak kire. Tak try mane tahu kan. Proses dimulakan dengan mengerat kaki seluar. Aku memilih untuk memotongnya stakat paras lutut sahaja. Bersedia dengan kemungkinan jahitannya xlawa, at least boleh potong lagi sampai tahap shorts. Aku kan seorang yang sentiasa bersedia. Proses memotong kaki seluar tidak ada masalah. Senang je. Tidak berlaku masalah seperti kaki seluar dipotong panjang sebelah. Potongan balance. Hebat.hahahah. Sebenarnya proses yang aku lakukan ini, aku tak pasti dibuat mengikut steps yang betul. Semuanya ikut kepala aku je. Biasalah beginner. Takpe je bagi aku, asalkan ada keinginan nak belajar.
Proses seterusnya, aku pin kan kaki seluar itu elok2 mengikut ukuran. Aku mahu di hujung kaki seluar yang aku nak jahit nanti, jadi macam shorts di bawah ni.
*credit to website TopShop.
tapi dalam version capri pants la. boleh bayangkan sekarang? ya. proses pin kan seluar ni agak rumit. Aku tak biasa. Dan nak pin kedua2 belah kaki seluar tu bagi sama saiz, agak sukar la.
Tp syukur aku berjaya.
Proses seterusnya ialah menjahit la pulak. Aku sebenarnya tak biasa menjahit guna mesin. Atau dalam erti kata lain, aku memang tak biasa menjahit. Ya. Proses ini amat sukar. Letih aku kawal kaki aku nak tekan benda yang attach dgn mesin jahit tu. Aku panggil tekan minyak. Sama macam drive je. Tp benda tu agak sukar nak dikawal. Boleh jadi laju gila, dan slow macam siput. Aku yang tak biasa ni, telah merosakkkan seluar aku. Dengan jahitan yang senget, seluar pink comel itu agak memalukan untuk dipakai. Hahahhaaha. Damn it. WTF! Letih je.
Tapi xpe. Aku takkan berputus asa. Aku dah tetas kan balik jahitan tu. Dan esok, aku akan menjahit semula sehinga aku mendapat seluar yang di alter sendiri. Ya. Aku takkan berputus asa. ;D
ScoLar: Harajuku’s Unique Fashion Universe
-
When was the last time I talked about fashion? Checks calendar… cringes
internally. Yep, probably around ten years ago. Or...
5 months ago
2 comments:
chayok chayok!! usaha tangga kejayaan! ewah. tbo2 keke
di plkn boleh update blog, kah?
Post a Comment